Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah apabila pihak Kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP melalui pelbagai program antaranya seperti i-Sinar, i-Citra, i-Lestari dan sebagainya.
Akan tetapi, pada ketika ini pihak Kerajaan sedang membuat perancangan berkenaan Akaun Ketiga atau Akaun Fleksibel KWSP. Berikut adalah penjelasannya:-
Akaun Fleksibel KWSP
Untuk maklumat, Akaun Ketiga atau Akaun Fleksibel KWSP adalah akaun simpanan untuk saat kecemasan yang bakal diperkenalkan oleh pihak Kerajaan tidak lama lagi.
Akaun itu nanti akan dapat membantu para pencarum dalam mengimbangi keperluan jangka masa pendek, sederhana dan panjang agar simpanan persaraan itu dapat memenuhi keperluan kitaran hidup di hari tua kelak.
“Kesejahteraan hari tua rakyat kekal sebagai salah satu keutamaan kerajaan berikutan tahap perlindungan yang rendah di bawah skim pencen dan persaraan formal dalam kalangan rakyat Malaysia. Pada masa ini, hanya 60 peratus daripada tenaga buruh dilindungi di bawah skim persaraan formal, iaitu Skim KWSP untuk pekerja swasta dan Skim Pencen Perkhidmatan Awam untuk penjawat awam.
“Menerusi Belanjawan 2024, KWSP berusaha untuk memperkukuh sumber dan peruntukan persaraan bagi memastikan maruah serta keselesaan rakyat terus terpelihara,” kata Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dalam satu kenyataan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh Pelaksanaan
Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, Akaun Fleksibel berkenaan akan mula dilaksanakan pada bulan April tahun hadapan (2024).
Dalam masa sama, perincian mengenai akaun tersebut akan diumumkan selepas pengumuman dividen KWSP pada Februari 2024 depan.
Oleh hal demikian, pihak Kerajaan mengalu-alukan organisasi berkaitan untuk menyuarakan pandangan mereka yang boleh disampaikan terus sama ada kepada Kementerian Kewangan atau KWSP sendiri.
“Kami akan melaksanakannya tetapi perlu ada kaedah tertentu yang tidak terlalu menjejaskan pendapatan rakyat dan ia hanya boleh dikeluarkan waktu kecemasan. Apakah maksud kecemasan itu juga akan diperincikan kemudian,” katanya, dipetik dari Astro Awani.