Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antaranya adalah bantuan tunai yang dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –
Bantuan Tunai RM2,000
Untuk makluman, Kerajaan Negeri Kedah telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM2,000.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika membentangkan Belanjawan Negeri Kedah 2024 di Wisma Darul Aman berkata, Bantuan Khas Kewangan itu akan melibatkan peruntukan sebanyak RM10.8 juta.
Bantuan ini akan diberikan kepada para penjawat awam negeri Kedah dan ia adalah sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka.
“Kerajaan negeri amat menghargai dedikasi dan komitmen tidak berbelah bagi kakitangan awam dan pentadbiran negeri dalam menyokong dan melaksanakan setiap dasar, program dan projek yang dirancang demi mensejahterakan negeri Kedah,” katanya.
Tarikh Pembayaran
Berkenaan dengan pembayaran bantuan ini, ia akan dibuat secara berperingkat pada Disember 2023 dan bakinya pada bulan Mac 2024.
Dalam masa sama, pihak Kerajaan Negeri Kedah turut mengumumkan Bantuan Khas secara ‘one-off’ akan diberikan kepada imam lantikan Negeri, Pengerusi Majlis Ketua Kampung dan Setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) pada Mac 2024 sebagai bantuan Hari Raya. Akan tetapi, kadar bantuan itu akan ditentukan kelak.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Secara keseluruhan, Kerajaan Negeri Kedah membentangkan Belanjawan 2024 sebanyak RM1.24 bilion dengan jangkaan defisit dianggarkan pada 13.92 peratus atau RM104.1 juta.