Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong ANGKASA
- PENGURUS BESAR KANAN
- PENGURUS BESAR
- PENGURUS KANAN
- PENOLONG PENGURUS
- PEGAWAI
- PENOLONG JURUAUDIT
- PEMANDU
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup iklan kekosongan;
- Syarat-syarat kelayakan lebih khusus dan teliti hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan bagi jawatan-jawatan ini boleh dibuat dengan mengemukakan surat permohonan dan menyatakan jawatan yang dipohon berserta butiran peribadi terperinci (resume/cv) yang mengandungi maklumat kelayakan akademik, pengalaman, kemahiran, kualiti personal, gaji semasa, gaji dipohon serta salinan sijil-sijil akademik / berkaitan dan gambar terbaru berukuran pasport kepada:
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD
Wisma Ungku A.Aziz, Jalan SS 6/1
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya, Selangor
(U/P : Pengurus Besar, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia)
Atau ia boleh juga dihantar ke e-mel: [email protected]
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 30 NOVEMBER 2023.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh didapati DI SINI.