Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.
Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –
Bantuan Tunai STR
Di bawah Belanjawan 2023, STR telah diperkenalkan sebagai bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia daripada kategori B40 dan M40 yang berkelayakan.
Bantuan itu juga akan diberikan kepada isi rumah, warga emas dan bujang yang menepati syarat-syarat kelayakan.
Ia pada asasnya adalah kesinambungan kepada bantuan-bantuan tunai sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan sebagainya.
Untuk makluman, pembayaran STR Fasa 1 hingga Fasa 4 telah pun dikreditkan kepada mereka yang layak dengan kadar-kadar yang ditetapkan berdasarkan jumlah gaji dan tanggungan.
STR Fasa 4
Untuk pembayaran STR Fasa 4, jumlah maksimum yang akan dibayar adalah sebanyak RM1,200 kepada kategori B40 isi rumah yang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah serta mempunyai bilangan anak 5 orang ke atas.
Berikut adalah maklumat lengkap pembayaran STR Fasa 4.
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak 3 – 4: RM900
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 3 – 4: RM300
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM500
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 4: RM200
Tarikh Pembayaran
STR Fasa 4 telah mula dikreditkan ke akaun penerima yang layak pada 07 November lalu.
Manakala, bagi mereka yang diluluskan permohonan mereka, tetapi tidak mempunyai akaun bank atau ia berstatus tidak aktif – pengambilan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.