Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
- PEGAWAI PEPERIKSAAN GRED DG41
- Gaji: RM2,188
- PERSONEL MYSTEP – PEGAWAI TADBIR GRED N41
- Gaji: RM2,100
- PERSONEL MYSTEP – PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
- Gaji: RM1,700
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup iklan kekosongan;
- Syarat-syarat kelayakan lebih khusus dan teliti hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan bagi jawatan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal ePerjawatan MPM.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 16 NOVEMBER 2023.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat DI SINI.