Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antara bantuan yang diperkenalkan itu adalah pemberikan e-Wallet atau e-Dompet sebanyak RM100 secara ‘one-off’.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –
Bantuan e-Wallet RM100
Pada Julai lalu, Perdana Menteri telah melancarkan “Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat”. Ketika memberikan ucapan di majlis berkenaan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian bantuan e-Wallet sebanyak RM100 kepada semua rakyat Malaysia berkelayakan.
Bantuan e-Wallet ini diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas dari kalangan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
Dengan penerima seramai lebih 10 juta orang, bantuan ini melibatkan peruntukan sekitar RM1 bilion.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh Pembayaran
Menurut Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong – pembayaran bantuan ini akan dilaksanakn pada bulan Disember 2023.
“Bantuan e-wallet RM100 ini akan diagihkan pada bulan Disember nanti. Jadi (rakyat) akan dapat (bantuan ini). Rakyat diminta bersabar kerana kerajaan akan tunaikan janji,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia.
Dalam perkembangan lain, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 akan dibuat pada bulan November ini dan menjadi fasa terakhir bagi tahun 2023.