Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Perkara yang sama juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.
Antara bantuan yang diperkenalkan adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA): –
Bantuan Kewangan RM600
Untuk makluman, SARA adalah bantuan kewangan sebanyak RM600 yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sedia ada yang layak.
Bagi penerima daripada Semenanjung Malaysia, mereka akan menerima bantuan barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) sebanyak RM100 setiap bulan selama 6 bulan bermula dari Julai hingga Disember 2023 secara automatik melalui MyKad masing-masing.
Oleh itu, ia akan dikreditkan sebanyak 6 Fasa bagi tahun 2023 ini. Untuk bulan November 2023, ia memasuki Fasa 5 SARA bagi penerima yang layak.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Penggunaan
Kepada penerima yang layak, mereka akan diberikan penerangan berkenaan kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas.
Pada ketika ini, terdapat lebih 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
Berkenaan dengan cara menggunakannya, ini adalah panduannya:
- Pilih Barangan Keperluan: Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Bagi Pengesahan: Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan: Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad: Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan: Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan SARA, sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.