Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.
Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA): –
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Selain memperkenalkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), pihak Kerajaan juga memperkenalkan SARA iaitu sebuah bantuan khusus kepada penerima STR berkelayakan.
Bagi SARA tahun ini, ia ditetapkan sebanyak RM600. Manakala, di bawah Belanjawan 2024 – pihak Kerajaan telah bersetuju menaikkan kadar SARA kepada RM1,200.
Bagi penerima yang berkelayakan, mereka akan menerima bantuan barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) sebanyak RM100 setiap bulan selama setahun (12 bulan) secara automatik melalui MyKad masing-masing.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Tersenarai sebagai isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh Pelaksanaan
Berdasarkan pembentangan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, permohonan baru STR akan dibuka pada bulan November 2023.
Oleh itu, bagi mereka yang diluluskan permohonan mereka menerima STR dan mereka menepati syarat-syarat kelayakan SARA – mereka akan menerima SARA bermula pada Januari 2024.
Penerima yang layak akan diberikan penerangan berkenaan kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas.
Untuk makluman, kini terdapat lebih 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan SARA, sila rujuk di Ringkasan Belanjawan 2024 – DI SINI.