Pelbagai dan banyak jenis bantuan serta inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.
Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah bantuan tunai yang diberikan kepada golongan berpendapatan B40 dan M40 merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang.
Pembayaran STR Fasa 1 hingga Fasa 3 telah pun disalurkan kepada mereka yang layak. Oleh hal demikian, kini hanya berbaki STR Fasa 4 yang masih belum dibayar kepada yang layak.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Kadar STR Fasa 4
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak 3 – 4: RM900
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 3 – 4: RM300
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM500
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 4: RM200
Cara Semak Kelulusan
Untuk membuat semakan kelulusan, ia boleh dilaksanakan secara dalam talian (online) di Portal Rasmi STR dengan tatacara di bawah:
- Log masuk dengan isi No Kad Pengenalan;
- Klik pada menu ‘Semak’;
- Sahkan kata kunci keselamatan;
- Klik ‘Ya’ jika kata kunci keselamatan benar;
- Masukkan kata laluan;
- Klik ‘Log Masuk’;
- Klik menu ‘Semakan Kelulusan’.
Cara pembayarannya STR adalah secara kredit terus ke akaun bank penerima yang didaftarkan atau secara pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank atau akaun bank berstatus tidak aktif.
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.