Pelbagai dan banyak jenis bantuan serta inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.
Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –
Bantuan Tunai RM900
STR pada asasnya merupakan bantuan tunai di bawah Belanjawan 2023 dan diberikan kepada golongan berpendapatan B40 dan M40 merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang.
Pembayaran STR Fasa 1 hingga Fasa 3 telah pun dibuat kepada mereka yang layak. STR Fasa 3 misalnya telah dikreditkan sebelum sambutan Hari Raya Haji lalu.
Bagi pembayaran STR Fasa 4 pula, berikut adalah senarai penerima & jumlah bayarannya:
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak 3 – 4: RM900
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 3 – 4: RM300
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM500
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 4: RM200
Semak Kelulusan
Bagi yang ingin membuat semakan kelulusan, ia boleh dibuat secara dalam talian di Portal Rasmi STR dengan tatacara berikut:
- Log masuk dengan isi No Kad Pengenalan;
- Klik pada menu ‘Semak’;
- Sahkan kata kunci keselamatan;
- Klik ‘Ya’ jika kata kunci keselamatan benar;
- Masukkan kata laluan;
- Klik ‘Log Masuk’;
- Klik menu ‘Semakan Kelulusan’.
Cara pembayarannya STR adalah secara kredit terus ke akaun bank penerima yang didaftarkan atau secara pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank atau akaun bank berstatus tidak aktif.
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.