Pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Antaranya adalah melalui Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, pada bulan Februari lalu.
Salah satunya adalah apabila pihak Kerajaan bersetuju untuk meneruskan Skim Perlindungan mySalam (mySalam) bagi tahun 2023. Berikut adalah maklumat lanjut berkenan skim bantuan ini:
Bantuan MySalam
Skim perlindungan masyarakat mySalam (MySalam) adalah inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma rakyat Malaysia yang berkelayakan.
Antara manfaat utama skim ini adalah pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2023 dari kalangan B40;
- Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
- Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun;
- Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Tuntutan mySalam bagi pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian boleh dibuat seperti mana yang ditetapkan berikut:
- Langkah 1: Layari Portal Rasmi MySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
- Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
- Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
- Langkah 4: Log masuk ke Portal Rasmi MySalam dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
- Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format pdf atau jpeg
- Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
- Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
- Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Maklumat lengkap berkenaan mySalam, semakan dan tuntutan boleh dibaca serta dikemukakan – DI SINI.