Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Dalam masa sama, pihak Kerajaan juga ada memperkenalkan pelbagai jenis kemudahan kepada rakyat negara ini. Antaranya adalah melalui kemudahan e-Pengeluaran KWSP yang membolehkan permohonan pengeluaran sebahagian simpanan secara dalam talian (online).
Berikut adalah senarai pengeluaran yang boleh dibuat melalui kemudahan ini:-
Pengeluaran Sebahagian Simpanan KWSP
Membayar ansuran rumah
Kepada para ahli KWSP, mereka boleh membuat pengeluaran simpanan daripada Akaun 2 bagi tujuan membayar ansuran bulanan Pinjaman Perumahan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan ahli selesai.
Membina rumah
Untuk yang ingin membina rumah di tanah sendiri, mereka boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2. Antara syarat utamanya adalah ahli hendaklah memiliki sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2 dan tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/ Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Membiayai pendidikan
KWSP juga membenarkan para ahlinya membuat pengeluaran dari Akaun 2 bagi membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.
Menunaikan haji
Kepada ahli KWSP yang beragama Islam, mereka boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 bagi tujuan perbelanjaan menunaikan ibadah haji.
E-Pengeluaran KWSP
Bagi ahli KWSP hendak membuat pengeluaran atas sebab-sebab yang dibenarkan. Ia boleh dibuat secara dalam talian (online) di Sistem E-Pengeluaran KWSP di Portal Rasmi i-Akaun (Ahli).
Bagi mereka yang telah mendaftar di i-Akaun (Ahli) KWSP, tatacara memohon pengeluaran boleh dibuat seperti di bawah:
- Daftar/log masuk ke i-Akaun (Ahli) melalui laman web rasmi KWSP;
- Buat pengesahan identiti secara dalam talian (ID Pengguna, Kata Laluan, Imej Sekuriti, Frasa Rahsia);
- Klik pada menu e-Pengeluaran;
- Mengisi butiran permohonan dan menghantar pengesahan identiti dengan memasukkan TAC yang diterima melalui nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan KWSP;
- Permohonan diluluskan secara dalam talian sekiranya ahli memenuhi syarat e-Pengeluaran;
- Bayaran secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Simpanan/ Semasa ahli atau ke akaun bank Rakan Strategik KWSP;
- Ahli menerima notifikasi status e-Pengeluaran dalam inbox i-Akaun (Ahli).
Bagi panduan penggunaan e-Pengeluaran yang lebih teliti dan lengkap, sila rujuk DI SINI (PDF).
Untuk maklumat lebih terperinci berkenaan senarai pengeluaran KWSP ini sila rujuk di Portal Rasmi KWSP DI SINI.