Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan antara bantuan kewangan yang telah diperkenalkan: –
Bantuan Kewangan Asasi
Bantuan Kewangan Asasi adalah sebuah bantuan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada para pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Pusat-Pusat Asasi Universiti Awam.
Pelajar akan layak akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM3,920 setahun/sepanjang tempoh pengajian dengan pecahan berikut:
- Elaun Wang Saku sebanyak RM 2,500setahun;
- Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan sebanyak RM1,420 setahun
- Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon adalah warganegara Malaysia;
- Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kelompok B40 dan M40;
- Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya;
- Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan Bantuan Kewangan Asasi boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM.
Pemohon hendaklah menyemak dan mencetak sendiri dokumen-dokumen tawaran berikut:
- Surat tawaran;
- Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
- Borang penyata kewangan penjamin;
- Panduan mengisi borang perjanjian;
- Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran;
- Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir UA masing-masing pada setiap semester.
Ia seterusnya perlu dihantar melalui Pejabat Pendaftar Universiti Awam masing-masing dan tidak boleh dikemukakan terus kepada pihak KPM.
Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat – DI SINI.