Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan dan inisiatif ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Bantuan Khas RM300
Seperti mana yang semua maklum, pihak Kerajaan Persekutuan pada bulan lalu telah mengkreditkan Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 dan RM200 kepada para penjawat awam serta pesara kerajaan.
Dalam masa sama, pihak Kerajaan Negeri Pahang juga memperkenalkan Bantuan Khas Penghargaan kepada para penjawat awam negeri Pahang Gred 54 dan ke bawah serta pesara kerajaan negeri.
Bagi penjawat awam negeri – mereka akan menerima bantuan khas sebanyak RM300 seorang dan akan membabitkan 8,000 orang termasuk pegawai serta kakitangan kontrak.
Manakala, bantuan khas sebanyak RM200 pula dibayar kepada kepada para pesara Kerajaan negeri.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Pembayaran
Seperti mana bantuan-bantuan lain, pembayaran bantuan khas ini akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima yang layak.
Manakala, pembayarannya pula akan dibuat pada bulan September 2023.
“Pemberian bantuan khas ini membabitkan implikasi kewangan RM2.4 juta dan pembayaran akan dibuat pada September ini.
Saya berharap dengan pemberian bantuan khas ini penjawat awam Pahang akan dapat meningkatkan perkhidmatan mereka demi kemakmuran dan kesejahteraan negeri ini,” kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Sumber: Harian Metro.