Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan dan inisiatif ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Bantuan RM300 & RM200
Pada bulan lalu, pihak Kerajaan Persekutuan telah memperkenalkan Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 dan RM200 kepada para penjawat awam serta pesara kerajaan.
Prihatin dengan perkara itu, pihak Kerajaan Negeri Pahang turut memperkenalkan bantuan khas sama kepada para penjawat awam negeri Pahang Gred 54 dan pesara kerajaan negeri.
Bagi penjawat awam negeri mereka layak menerima Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 seorang yang membabitkan 8,000 orang termasuk pegawai serta kakitangan kontrak.
Manakala, RM200 pula diberikan kepada pesara Kerajaan negeri.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh Pembayaran
Berdasarkan kenyataan Menteri Besar Pahang, pembayaran bantuan ini akan dibuat pada bulan September 2023. Kaedah pembayarannya pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima yang layak.
“Pemberian bantuan khas ini membabitkan implikasi kewangan RM2.4 juta dan pembayaran akan dibuat pada September ini.
Saya berharap dengan pemberian bantuan khas ini penjawat awam Pahang akan dapat meningkatkan perkhidmatan mereka demi kemakmuran dan kesejahteraan negeri ini,” kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Sumber: Harian Metro.