Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Antaranya termasuklah bantuan-bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Salah satunya adalah bantuan kewangan yang dikeali sebagai Geran Pelancaran di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Ini adalah penjelasan lanjut tentang bantuan tersebut: –
Geran Pelancaran
Geran Pelancaran adalah sebuah bantuan yang diperkenalkan bagi memperkasakan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.
Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM2,700 secara sekaligus atau ‘one-off’.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Kumpulan sasar JKM;
- Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Seperti mana yang dinyatakan di syarat-syarat kelayakan, bantuan ini diberikan kepada kumpulan sasar JKM iaitu penerima bantuan JKM sedia ada sahaja.
Oleh hal demikian, jika seseorang itu bukan penerima bantuan sedia ada, mereka perlu membuat permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu.
Sekiranya mereka layak menerima bantuan bulanan, maka permohonan Geran Pelancaran boleh dikemukakan di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.
Bagi maklumat lengkap berkenaan skim bantuan ini, ia boleh diteliti di Portal Rasmi JKM – DI SINI.