Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Antaranya termasuklah bantuan-bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Salah satunya adalah bantuan kewangan sehingga RM1,000 setipa bulan kepada mereka yang berkelayakan. Ini adalah penjelasan lanjut tentang bantuan kerajaan tersebut:
Bantuan Kewangan BKK
Bantuan Kanak-Kanak atau BKK adalah sebuah bantuan kewangan yang diperkenalkan dengan tujuan untuk membantu keluarga/penjaga kepada anak/kanak-kanak atau membantu anak/kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga.
Mereka juga diharapkan dapat meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya
Kadar bantuan ini adalah sebanyak minima RM150 sehingga maksimum RM1,000:
- RM200: Umur 6 tahun dan ke bawah
- RM150: Umur 7 tahun hingga 18 tahun
- RM1,000: Kadar maksimum sekeluarga
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah;
- Remaja berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.
Cara Memohon
Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan BKK boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara.
Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen-dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Jajahan/Bahagian seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
- Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan penyata gaji (jika ada);
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Bagi maklumat lengkap berkenaan skim bantuan ini, ia boleh diteliti di Portal Rasmi JKM – DI SINI.