Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Malah, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis kemudahan kepada rakyat negara ini. Antaranya termasuklah melalui kemudahan pengeluaran sebahagian simpanan KWSP.
Berikut adalah senarai pengeluaran yang boleh dibuat:-
Pengeluaran Sebahagian Simpanan KWSP
Membeli Rumah
Pihak KWSP membenarkan pengeluaran simpanan dari Akaun 2 bagi tujuan membeli rumah. Rumah yang hendak dibeli itu merangkumi jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai.
Membina Rumah
Bagi yang hendak membina rumah pula, pengeluaran dari Akaun 2 turut dibenarkan dengan syarat utamanya ahli memiliki sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2 dan tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan.
Membayar Ansuran Rumah
Bagi ahli yang berdepan dengan kesulitan membayar ansuran bulana perumahan, mereka boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 KWSP. Pengeluaran itu bolah dibuat sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan ahli selesai.
Menunaikan Haji
Untuk yang beragama Islam pula, pengeluaran boleh dibuat dari Akaun sama bagi tujuan perbelanjaan ketika mengerjakan haji di kota suci Mekah.
Pembiayaan Pendidikan
Pendidikan adalah satu perkara penting dalam kehidupan manusia. Makanya, KWSP membenarkan pengeluaran sebahagian simpanan bagi tujuan membiayai pendidikan ahli, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Bagi yang ingin membuat pengeluaran berdasarkan perkara-perkara yang dibenarkan ini, ia boleh dilaksanakan secara dalam talian (online) di Sistem E-Pengeluaran KWSP di Portal Rasmi i-Akaun (Ahli).
Bagi mereka yang telah mendaftar di i-Akaun (Ahli) KWSP, tatacara memohon pengeluaran boleh dibuat seperti di bawah:
- Daftar/log masuk ke i-Akaun (Ahli) melalui laman web rasmi KWSP;
- Buat pengesahan identiti secara dalam talian (ID Pengguna, Kata Laluan, Imej Sekuriti, Frasa Rahsia);
- Klik pada menu e-Pengeluaran;
- Mengisi butiran permohonan dan menghantar pengesahan identiti dengan memasukkan TAC yang diterima melalui nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan KWSP;
- Permohonan diluluskan secara dalam talian sekiranya ahli memenuhi syarat e-Pengeluaran;
- Bayaran secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Simpanan/ Semasa ahli atau ke akaun bank Rakan Strategik KWSP;
- Ahli menerima notifikasi status e-Pengeluaran dalam inbox i-Akaun (Ahli).
Untuk panduan penggunaan e-Pengeluaran yang lebih teliti dan lengkap, sila rujuk DI SINI (PDF).
Untuk maklumat lebih terperinci berkenaan senarai pengeluaran KWSP ini sila rujuk di Portal Rasmi KWSP DI SINI.