Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.
Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –
STR Fasa 4
Seperti mana semua telah sedia maklum, pembayaran STR Fasa 1 hingg Fasa 3 telah pun dibuat kepada yang layak dengan kadar-kadar yang telah ditetapkan.
Pembayaran STR Fasa 3 contohnya telah pun dibayar kepada yang layak sebelum sambutan Hari Raya Haji lalu. Makanya, kini hanya berbaki STR Fasa 4 yang akan dikreditkan.
Berikut adalah maklumat pembayaran STR Fasa 4:
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak 3 – 4: RM900
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 3 – 4: RM300
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM500
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 4: RM200
Tarikh Pembayaran
Berdasarkan jadual asal STR, pembayaran bagi Fasa 4 akan dibuat pada bulan November 2023. Akan tetapi, tarikh rasmi pembayaran fasa ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh pihak Kerajaan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Kaedah pembayarannya pula adalah secara kredit terus ke akaun bank penerima yang didaftarkan atau secara pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank atau akaun bank berstatus tidak aktif.
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.