Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong USAS
- PEMBANTU KLINIK, GRED U19
- Taraf Jawatan : Kontrak
- Klasifikasi : Skim Perkhidmatan Perubatan USAS
- Kumpulan : Pelaksana
- Jadual Gaji : RM1,500 – RM4,052
- JURURAWAT, GRED U29
- Taraf Jawatan : Kontrak
- Klasifikasi : Skim Perkhidmatan Perubatan USAS
- Kumpulan : Pelaksana
- Jadual Gaji : RM1,797 – RM5,753
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup iklan kekosongan;
- Syarat-syarat kelayakan lebih khusus dan teliti hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan bagi jawatan ini boleh dikemukakan dengan menulis Surat Permohonan Jawatan, bersama CV dan salinan okumen-dokumen (disahkan) berikut:
- Salinan Kad Pengenalan atau pasport;
- Sijil Kelahiran;
- Sijil-sijil akademik yang berkenaan berserta transkrip. (SPM atau setaraf, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan PhD);
- Sijil-sijil atau dokumen lain yang berkaitan.
Ia perlu dihantar ke alamat e-mel: : [email protected] (dokumen hendaklah dihantar menggunakan ‘compressed zipped folder’).
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 23 OGOS 2023, RABU (4.30 PETANG).
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat DI SINI.