Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan dan inisiatif ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Begitulah jugalah apabila Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan sebuah Bantuan Khas ketika berucap di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.
Bantuan Khas RM300
Ketika berucap di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Bantuan Khas Penghargaan.
Bantuan Khas ini akan melibatkan kadar sumbangan sebanyak RM300 dan RM200 kepada mereka yang berkelayakan:
- RM300: Penerima terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah yang dilantik secara tetap, sementara dan Contract of Service. Para pegawai lantikan MySTEP yang masih berkhidmat pada 10 Ogos dan telah dilantik sebelum 10 Ogos, dengan syarat tempoh kontrak telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut juga layak menerima bantuan ini.
- RM200: Penerima terdiri daripada para pesara kerajaan termasuklah pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh Pembayaran
Berdasarkan kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Pengkreditan BantuaN Khas Penghargaan akan dibuat pada 10 Ogos 2023. Kaedahnya pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima berkelayakan.
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) – DI SINI.