Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.
Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4
STR adalah sebuah bantuan kewangan Kerajaan Persekutuan yang diberikan kepada golongan B40 dan M40 merangkumi kategori isi rumah, warga emas dan bujang.
Bantuan kewangan ini telah pun dibayar kepada yang layak bagi Fasa 1 hingga Fasa 3 pada bulan Januari, April serta Jun lalu.
Berkenaan dengan pembayaran bagi Fasa 4 pula, ia akan dibayar dengan kadar berikut:
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak 3 – 4: RM900
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 3 – 4: RM300
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM500
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 2: RM200
Tarikh Pembayaran
Berdasarkan maklumat dari Portal Rasmi Kementerian Kewangan, pembayaran STR Fasa 4 akan dibuat kepada yang layak pada bulan November 2023.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Kaedah pembayarannya pula adalah secara kredit terus ke akaun bank penerima yang didaftarkan atau secara pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank atau akaun bank berstatus tidak aktif.
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.