Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.
Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –
Bantuan Tunai RM900
STR adalah bantuan kewangan Kerajaan Persekutuan yang diberikan kepada golongan B40 dan M40 merangkumi kategori isi rumah, warga emas dan bujang.
Bagi pembayaran Fasa 1 hingga Fasa 3, ia telah pun selesai disalurkan kepada yang layak pada bulan Januari (Fasa 1), April (Fasa 2) dan Jun (Fasa 3) lalu.
Berkenaan dengan pembayaran STR Fasa 4 pula, ia akan dibayar kepada penerima dari kategori isi rumah dan warga emas berkelayakan.
Bagi isi rumah berpendapatan RM2,500 & ke bawah pembayarannya akan dibuat dengan kadar berikut:
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak 3 – 4: RM900
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Manakala, bagi isi rumah berpendapatan RM2,501 – RM5,000 pula, pembayarannya seperti di bawah:
- Bilangan anak 3 – 4: RM300
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM500
Untuk Warga Emas Sebatang Kara yang berumur 60 tahun ke atas, jumlah yang akan diterima bagi Fasa 4 adalah sebanyak RM200.
Kaedah Pembayaran
Seperti mana pembayaran STR fasa-fasa sebelum ini, pembayaran akan dibuat secara kredit terus ke akaun bank penerima yang didaftarkan atau secara pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank atau akaun bank berstatus tidak aktif.
Mengikut jadual asal, pembayaran STR Fasa 4 akan dibuat kepada yang layak pada bulan November 2023.
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.