Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Begitulah jugalah apabila Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 ketika berucap di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.
Bantuan Khas Penghargaan
Bantuan Khas Penghargaan ini akan melibatkan kadar bantuan sebanyak RM300 dan RM200 kepada mereka yang berkelayakan:
- RM300: Penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak;
- RM200: Pesara kerajaan, termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.
Menurut Perdana Menteri, bantuan kewangan ini akan memanfaatkan sekitar 1.3 juta penjawat awam dan lebih sejuta pesara.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh Pembayaran
Berkenaan dengan tarikh pembayarannya, ia akan dilaksanakan dalam tempoh dua minggu dan akan dikreditkan terus ke akaun para penerima yang layak.
“Sementara kajian gaji dan elaun diperincikan, kerajaan akan menyediakan bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta RM200 kepada pesara kerajaan.
“Saya arahkan Kementerian Kewangan agar dapat meluluskan dan menyalurkan bantuan khas ini dalam tempoh dua minggu dari sekarang,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tambahnya, dengan pemberian bantuan itu – diharapkan para penjawat awam akan terus berusaha gigih untuk menyokong hasrat melaksanakan pembaharuan Ekonomi MADANI dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Sumber: Berita Harian.