Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antaranya termasuklah pelbagai jenis Bantuan Kerajaan yang dibayar pada setiap bulan kepada mereka yang berkelayakan.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan-bantuan yang terlibat:-
Bantuan Kewangan
Bantuan Am Kerajaan
Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pihak Kerajaan ada memperkenalkan sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Am Persekutuan dan Bantuan Am Negeri.
Bantuan Am Persekutuan melibatkan kadar sumbangan bulanan sebanyak RM100 hingga RM350 bagi membantu membantu mereka yang kurang berkemampuan dan berkeperluan. Manakala, Bantuan Am Negeri pula ditetapkan berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri.
Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
Sebuah lagi bantuan di bawah JKM adalah Bantuan Kanak-Kanak (BKK) dengan kadar sebanyak RM150 sehingga RM1,000 setiap bulan. Bantuan ini diberikan bagi membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
JOM MASUK SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bantuan Warga Emas (BWE)
Bantuan kewangan ini diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun dan ke atas yang berkelayakan dengan kadar sebanyak RM500 setiap bulan. Warga emas berkenaan juga hendaklah bukan tinggal di Institusi kendalian JKM atau Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.
Bantuan Anak Pelihara (BAP)
Bantuan Anak Pelihara (BAP) adalah bantuan dengan kadar bulanan sebanyak RM250 sebulan seorang kanak-kanak dan maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
Tujuan utamanya adalah bagi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.
Cara Memohon Bantuan
Permohonan bantuan-bantuan kewangan ini boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak
Maklumat lebih teliti berkenaan bantua-bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasmi JKM – DI SINI.