Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Salah satunya adalah melalui Elaun Sara Hidup sebanyak RM300 setiap bulan daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) kepada yang berkelayakan.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan eluan kewangan ini: –
Elaun Sara Hidup
Elaun Sara Hidup Nelayan Laut (ESHN) pada asasnya merupakan bantuan kewangan secara bulanan sebanyak RM300 kepada pemilik individu vesel perikanan dan pekerja warganegara yang bekerja di atas vesel berlesen.
Objektif utama bantuan ini adalah bagi membantu meringankan beban golongan nelayan dalam menghadapi tekanan ekonomi disebabkan peningkatan kos sara hidup.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Syarat-syarat Kelayakan
Terdapat tiga kategori penerima yang layak iaitu:
Pemilik vesel perikanan zon A & Pemilik vesel transformasi zon A yang berstatus syarikat
- Memiliki MyKad (Biru)
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan
- Memiliki Kad Nelayan yang sah berkuatkuasa
- Memiliki lesen vesel perikanan yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia atau memiliki lesen vesel perikanan yang sah, yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Sabah atau Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah serta Lesen Perkakas dari Jabatan Perikanan Sabah
- Status subsidi minyak yang aktif
Pekerja (awak-awak) atas vesel berlesen bagi zon A, B, C dan C2 bertaraf warganegara Malaysia
- Memiliki MyKad (Biru)
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan
- Memiliki Kad Nelayan yang sah berkuatkuasa
- Didaftarkan sebagai pekerja vesel (awak-awak) oleh pemilik vesel individu dan syarikat
Had Bilangan Pemilik Dan Pekerja Vesel Yang Layak Menerima ESHN:
- Setiap pemilik vesel perikanan yang didaftarkan atas nama individu hanya layak menerima ESHN daripada satu lesen vesel perikanan atau lesen perkakas sahaja
- Had bilangan pekerja vesel (awak-awak) yang layak dibayar ESHN bagi sesebuah vesel adalah tidak melebihi bilangan pekerja yang ditetapkan dalam lesen vesel berkenaan
- Sekiranya bilangan pekerja yang bekerja diatas sesebuah vesel adalah kurang daripada bilangan yang ditetapkan dalam lesen maka bayaran ESHN adalah mengikut bilangan sebenar pekerja yang bekerja.
Cara Memohon
Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Sistem e-Pengisytiharan LKIM dengan mengemukakan dokumen-dokumen yang ditetapkan.
Pembayarannya pula akan dibuat secara kredit ke akaun penerima yang diluluskan dan layak.
Maklumat lebih terperinci berkenaan inisiatif ini sila baca di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.