Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah sebuah program bantuan Kerajaan yang dikenali BMT di bawah Belanjawan 2023 kepada mereka yang berkelayakan.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenana bantuan kewangan ini:-
Bantuan Tunai RM800
Bagi tahun ini, pihak Kerajaan setuju untuk meneruskan pelaksanaan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT). Malah, kadar bantuan itu dinaikkan dari RM600 sebelum ini, kepada RM800.
Pembayaran bantuan ini nanti akan melibatkan sekitar 232,427 penerima.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
- Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
- Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
- 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
- Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Untuk makluman, permohonan BMT telah pun dibuka mulai 15 Jun sehingga 15 September 2023.
Permohonan bantuan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal Pekebun Kecil RISDA. Selain itu, permohonan juga boleh dibuat melalui mana-mana Pejabat RISDA berdekatan.
Pembayarannya akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.
Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.