Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.
Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA): –
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Seperti mana semua telah sedia maklum, pembayaran STR Fasa 3 telah pun dibuat kepada yang layak sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha lalu dengan jumlah tertinggi sebanyak RM800.
Dalam masa sama, pihak Kerajaan juga ada memperkenalkan STR Tambahan atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM600.
SARA ini akan diberikan kepada penerima STR sedia ada tetapi dalam ketegori penerima Isi Rumah Miskin Tegar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) RM1,169.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh Pembayaran
Berdasarkan maklumat dari Kementerian Kewangan, pelaksanaan SARA ini akan dibuat selama 6 bulan bermula pada bulan Julai sehingga Disember 2023.
Kaedah pembayaran pula, ia akan dilaksanakan dalam bentuk Bantuan Bakul Rahmah yang mengandungi barangan asas seperti beras, gula, minyak masak, tepung, susu pekat, mihun dan telur atau baucar bernilai RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan.
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Belanjawan 2023 dan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.