Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antaranya adalah melalui bantuan e-Tunai dengan kadar sebanyak RM300 setiap bulan. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan ini: –
Bantuan RM300
Sebagai salah sebuah usaha untuk membantu mereka yang memerlukan, pihak Kerajaan Negeri Selangot telah memperkenalkan program bantuan yang dikenali sebagai BINGKAS.
BINGKAS pada asasnya melibatkan pemberian e-Tunai sebanyak RM300 secara automatik setiap bulan kepada mereka yang layak dan diluluskan permohonan mereka.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
- Pemilih berdaftar di negeri Selangor;
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
- Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Bagi mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan e-Tunia ini boleh dilaksanakan secara atas talian (online) di Portal Rasmi BINGKAS atau melalui aplikasi SELANGKAH.
Bagi pendaftaran melalui SELANGKAH, ia boleh dibuat dengan tatacara berikut:
- Buka aplikasi dan klik pada panel BINGKAS;
- Isi borang yang dengan maklumat yang tepat dan klik ‘Teruskan’;
- Muat naik dokumen-dokumen yang ditetapkan;
- Klik ‘Hantar’
- Pendaftaran berjaya dan pemohon akan dimaklumkan dalam masa terdekat sama ada lulus atau tidak.
Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasminya – DI SINI.