Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Begitulah juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Seperti mana yang semua telah sedia maklum, pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 telah pun dilaksanakan pada bulan Januari serta April lalu.
Manakala, pembayaran STR Fasa 3 pula dibuat sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri iaitu di akhir bulan Jun 2023.
Bagi penerima STR Fasa 3, jumlah yang dikreditkan adalah sebanyak antara RM150 sehingga RM800 mengikut kategori penerima, pendapatan dan tanggungan.
STR Tambahan
Namun begitu, pihak Kerajaan juga ada memperkenalkan STR Tambahan sebanyak RM600 kepada penerima sedia ada STR yang berkelayakan.
STR Tambahan ini akan diberikan kepada ketegori penerima Isi Rumah Miskin Tegar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) RM1,169.
Berkenaan dengan kaedah pembayaran pula, ia akan dilaksanakan dalam Bantuan Bakul Rahmah yang mengandungi barangan asas seperti beras, gula, minyak masak, tepung, susu pekat, mihun dan telur atau baucar bernilai RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan.
Tarikh mula pembayaran pada bulan Julai 2023 dan akan beakhir pada Disember 2023.
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Belanjawan 2023 dan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.