Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong
- PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED JA29
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Jadual Gaji: RM1,549 – RM5,701
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Jadual Gaji: RM1,352 – RM4,003
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat-syarat kelayakan lebih khusus dan teliti hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan bagi jawatan ini boleh dikemukakan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara lengkap dan dilampirkan bersama salinan dokumen-dokumen (disahkan) berikut:
- Sijil Kelahiran;
- Kad Pengenalan;
- Sijil Berhenti Sekolah;
- Salinan sijil-sijil akademik dan kelayakan yang berkaitan;
- Salinan Semakan Pengiktirafan Kelayakaan Pendidikan dari JPA melalui Portal Rasmi MQA;
- Salinan Diploma serta salinan transkrip (sekiranya berkaitan)
Pemohon perlu menyatakan nama jawatan yang dipohon di sudut sebelah atas kiri sampul surat dan dihantar ke alamat:
Pengarah
PLANMalaysia@Johor
(Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor),
Aras 1, Bangunan Dato’ Mohamad Salleh Perang,
79646 Kota Iskandar,
Iskandar Puteri, Johor Darul Ta’zim.
(u/p : Bahagian Khidmat Pengurusan)
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 04 JULAI 2023, SELASA, JAM 4 PETANG.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh didapati DI SINI.