Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.
Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada golongan B40 dan M40: –
Bantuan RM600
Salah satu bantuan yang diperkenalkan adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diberikan kepada golongan B40 dan M40 dari kalangan isi rumah, warga emas dan bujang.
Bagi pembayaran Fasa 1 dan Fasa 2, ia telah pun selesai dikreditkan pada bulan Januari dan April lalu kepada setiap yang layak.
Dalam masa sama, pihak Kerajaan juga bersetuju untuk memberikan Bantuan Tambahan STR dengan kadar RM600 kepada mereka yang berkelayakan.
Bantuan tambahan ini nanti akan disalurkan kepada Isi Rumah Miskin Tegar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) RM1,169 dengan pembayarannya akan dibuat sebanyak 6 fasa secara berperingkat.
Tarikh Pembayaran
Berdasarkan info dari Kementerian Kewangan – pembayaran Bantuan Tambahan STR ini akan dibuat sebanyak 6 kali (fasa) iaitu bermula pada bulan hadapan iaitu Julai hingga Disember 2023.
Bantuan tambahan ini nanti akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas.
Ia akan dikenali sebagai Bantuan Bakul Rahmah yang mengandungi barangan asas seperti beras, gula, minyak masak, tepung, susu pekat, mihun dan telur atau baucar bernilai RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan.
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Belanjawan 2023 dan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.