Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah Bantuan Khas Kewangan yang telah diluluskan oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri melalui Belanjawan Tahunan masing-masing.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenana bantuan kewangan khas kewangan ini:-
Bantuan Khas RM2,500
Semasa membentangkan Belanjawan Negeri 2023, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun telah mengumumkan sumbangan Bantuan Khas Kewangan pada kadar satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500.
Bantuan khas ini akan melibatkan lebih 5,000 orang penjawat awam di negeri berkenaan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada penjawat awam negeri itu, yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas diamanahkan.
“Diharapkan bantuan khas kewangan ini dapat menyuntik semangat semua penjawat awam untuk bekerja dengan lebih gigih lagi,” katanya, di Persidangan Keempat (Belanjawan) Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan Ke-14.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Pembayaran Bantuan Khas
Untuk makluman, Bantuan Khas Kewangan ini dibayar sebanyak dua kali pada tahun ini iaitu pada bulan Januari dan April 2023.
Selain itu, pihak Kerajaan Negeri Sembilan tetap meneruskan pelbagai lagi bantuan seperti kemudahan pinjaman pembelian komputer dan kenderaan tanpa faedah bagi penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang layak.
Malah, sebanyak 42 inisiatif sedia ada akan dikekalkan atau ditambah baik dan 22 inisiatif baharu akan diperkenalkan di bawah Belajawan itu.
Sumber: Berita Harian.