Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.
Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan-bantuan yang diperkenalkan: –
Bantuan Tunai
Salah satu bantuan tunai yang diperkenalkan oleh Kerajaan adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada golongan B40 dan M40 berkelayakan.
Bantuan ini juga merupakan kesinambungan kepada bantuan-bantuan tunai sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan sebagainya.
Berkenaan dengan pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2, ia telah pun selesai disalurkan kepada yang layak pada bulan Januari serta April lalu – sama ada melalui kredit terus ke akaun atau pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh Pembayaran
Berkenaan dengan pembayaran STR Fasa 3 pula, nampaknya pihak Kerajaan telah bersetuju untuk mengawalkannya dari jadual asal iaitu dibayar sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha.
Seperti mana pembayaran STR Fasa 2 sebelum ini, pembayaran bagi Fasa 3 dijangka akan dibuat seminggu sebelum sambutan hari mulia berkenaan.
Perdana Menteri, Datul Seri Anwar Ibrahim ketika di Dewan Rakyat berkata, pembayaran itu akan memanfaatkan lebih 8 juta penerima dengan kadar antara RM100 hingga RM1,300.
Berkenaan dengan semakan status kelulusan, ia boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi STR, manakala jumlah pembayaran bagi setiap penerima pula boleh dirujuk – DI SINI.
Sumber: Berita Harian.