Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Perkara sama juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.
Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –
STR Fasa 3
STR pada asasnya merupakan bantuan tunai Kerajaan yang diberikan kepada golongan B40 dan M40 merangkumi kategori isi rumah, warga emas dan bujang.
Bantuan tunai ini telah pun dibayar kepada yang layak bagi Fasa 1 dan Fasa 2 pada bulan Januari serta April lalu.
Oleh itu, selepas ini pihak Kerajaan akan menyalurkan pembayaran STR Fasa 3 kepada mereka yang layak dengan jumlah-jumlah tertentu.
Jumlah Bayaran
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM300
- Bilangan anak 1 – 2: RM400
- Bilangan anak 3 – 4: RM600
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM800
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 1 – 2: RM150
- Bilangan anak 3 – 4: RM200
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM250
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 2: RM200
Bujang 21 – 59 tahun
- STR Fasa 2: RM150
Bujang OKU 19 – 59 tahun
- STR Fasa 2: RM150
Tarikh Pembayaran
Berdasarkan kenyataan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, pembayaran STR Fasa 3 akan dibuat kepada yang layak sebelum Hari Raya Aidiladha.
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 itu akan membabitkan peruntukan lebih RM2 bilion dan akan dimanfaatkan oleh lebih 8 juta penerima yang layak.
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.