Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antaranya adalah bantuan-bantuan di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.
Bantuan e-Dompet RM200
Di bawah Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah setuju memperkenalkan sebuan bantuan yang dikenali sebagai Inisiatif E-Tunai Belia Rahmah.
Bantuan ini pada asasnya melibatkan sumbangan e-Tunai pada kadar RM200 secara ‘one-off’ dengan peruntukan sebanyak RM400 juta dan diharap akan dapat dimanfaatkan secara baik oleh para penerima yang layak.
Senarai Penerima
Berdasarkan laporan Utusan Malaysia – Kementerian Kewangan nampaknya telah bersetuju untuk memperluaskan insiatif ini kepada kepada semua mahasiswa yang berkelayakan dan tidak terhad kepada mahasiswa berusia 18 hingga 20 tahun.
Perkara itu bertepatan dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa program Sesi Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 7 April lalu.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh Pembayaran
Menurut laporan Utusan Malaysia lagi, kenyataan dari Kementerian Kewangan menyatakan penyaluran insiatif e-dompet ini akan bermula pada Jun 2023.
Ia diharapkan akan dapat membantu meringankan beban para penerima dalam berhadapan dengan kos sara hidup yang turut meningkat di kampus.
Sumber: Utusan Malaysia.