Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.
Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –
Bantuan STR
STR pada asasnya merupakan bantuan kewangan Kerajaan Persekutuan yang diberikan kepada golongan B40 dan M40 merangkumi kategori isi rumah, warga emas dan bujang.
Bantuan kewangan ini telah pun dibayar kepada yang layak bagi Fasa 1 dan Fasa 2 pada bulan Januari serta April lalu.
Makanya selepas ini, pihak Kerajaan akan menyalurkan pembayaran bagi Fasa 3 kepada mereka yang layak dengan jumlah-jumlah tertentu.
Penerima STR Fasa 3
Akan tetapi, tidak semua layak menenerima STR Fasa 3, seperti mana fasa-fasa sebelumnya. Berikut adalah senarai penerima yang layak dan jumlah yang akan dibayar:
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM300
- Bilangan anak 1 – 2: RM400
- Bilangan anak 3 – 4: RM600
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM800
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 1 – 2: RM150
- Bilangan anak 3 – 4: RM200
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM250
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 2: RM200
Bujang 21 – 59 tahun
- STR Fasa 2: RM150
Bujang OKU 19 – 59 tahun
- STR Fasa 2: RM150
Tarikh Pembayaran
Jika dirujuk pada maklumat yang diterbitkan di Portal Rasmi Kementerian Kewangan, pembayaran STR Fasa 3 akan dilaksanakan pada bulan Julai 2023.
Cara pembayarannya pula adalah secara kredit terus ke akaun bank penerima yang didaftarkan atau secara pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank atau akaun bank berstatus tidak aftif.
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.