Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antaranya adalah melalui bantuan e-Wallet sebanyak RM300 setiap bulan. Berikut adalah penjelasan berkenaan bantuan e-Tunai ini: –
Bantuan e-Wallet
Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, terdapat sebuah program bantuan yang dikenali sebagai BINGKAS di bawah Kerajaan Negeri Selangor, melalui Belanjawan Negeri 2023.
Melalui bantuan e-Wallet ini, mereka yang diluluskan permohonnya akan layak menerima e-Wallet RM300 secara automatik setiap bulan.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
- Pemilih berdaftar di negeri Selangor;
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
- Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Bagi mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan e-Wallet ini boleh dilaksanakan secara atas talian (online) di Portal Rasmi BINGKAS atau melalui aplikasi SELANGKAH.
Berikut adalah langkah pendaftaran melalui SELANGKAH:
- Buka aplikasi dan klik pada panel BINGKAS;
- Isi borang yang dengan maklumat yang tepat dan klik ‘Teruskan’;
- Muat naik dokumen-dokumen yang ditetapkan;
- Klik ‘Hantar’
- Pendaftaran berjaya dan pemohon akan dimaklumkan dalam masa terdekat sama ada lulus atau tidak.
Untuk cara menggunakannya, ia boleh dilaksanakan dengan tatacara berikut:
- Kunjungi kedai-kedai berdaftar di bawah senarai BINGKAS;
- Pilih barangan yang ingin dibeli;
- Juruwang akan mengimbas ID penerima di aplikasi SELANGKAH untuk pengesahan;
- Juruwang buat saringan mengikut barang-barang yang tersenarai di bawah BINGKAS;
- Penerima klik pada Kad BINGKAS di aplikasi;
- Penerima klik ‘PAY’ dan pilih akaun BINGKAS;
- Penerima masukkan pin 6 digit bagi pengesahan pengaktifan Kod QR;
- Juruwang imbas Kod QR bagi pembayaran.
Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasminya – DI SINI.