Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Perkara yang sama juga di bawah Belanjawan 2023 seperti mana telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.
Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Seperti mana yang semua telah sedia maklum, STR Fasa 1 dan Fasa 2 telah pun selesai dibayar kepada mereka yang layak pada bulan Januari dan April lalu.
Pembayaran itu diberikan merangkumi kategori penerima isi rumah, bujang dan warga emas. Makanya, selepas ini akan tiba pula pembayaran STR Fasa 3.
Berikut adalah maklumat kadar STR Fasa 3 untuk setiap kategori penerima:
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM300
- Bilangan anak 1 – 2: RM400
- Bilangan anak 3 – 4: RM600
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM800
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 1 – 2: RM150
- Bilangan anak 3 – 4: RM200
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM250
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 2: RM200
Bujang 21 – 59 tahun
- STR Fasa 2: RM150
Bujang OKU 19 – 59 tahun
- STR Fasa 2: RM150
Semak Status
Pembayaran STR Fasa 3 akan dibuat pada bulan Julai 2023 seperti mana yang dimaklumkan di Portal Rasmi Kementerian Kewangan.
Pembayaran itu akan dibuat secara berperingkat ke akaun bank penerima yang diluluskan permohonan mereka.
Tatacara membuat semakan status kelulusan STR seperti di berikut:
- Layari Portal Rasmi STR;
- Log masuk di portal berkenaan dengan mengisi maklumat nombor Kad Pengenalan;
- Klik semak dan sahkan kata kunci keselamatan;
- Isi kata laluan di ruang yang ditetapkan dan log masuk;
- Klik menu ‘Semakan Permohonan’.
Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.