Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong JPA
KETUA UNIT KOMUNIKASI KORPORAT (KUKK) – GRED 54
- Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
- Jadual Gaji: RM6,070 – RM13,138
- Kenaikan Tahunan: RM320
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat-syarat kelayakan lebih khusus dan teliti hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan bagi jawatan ini boleh dikemukakan dengan mengis Borang Permohonan Jawatan secara lengkap dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen yang dinyatakan.
Ia seterusnya perlu dihantar ke e-mel: [email protected] atau ke alamat:
PENGARAH BAHAGIAN
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
ARAS 10, BLOK C1, KOMPLEKS C
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62510 W.P PUTRAJAYA
(u.p.: PUAN NORMA AIZAN BINTI CHE MAN)
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 06 JUN 2023, SELASA (4 PETANG).
Maklumat lebih terperinci (rasmi) boleh didapati DI SINI.