Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Begitulah juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.
Antaranya adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –
Bantuan Tambahan STR
Pada bulan Januari dan April lalu, pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 telah pun dikreditkan kepada yang layak bagi kategori isi rumah, bujang dan warga emas.
Namun begitu, selain STR asas – pihak Kerajaan juga ada memberikan Bantuan Tambahan STR dengan kadar RM600 kepada mereka yang berkelayakan.
Bantuan tambahan ini nanti akan disalurkan kepada Isi Rumah Miskin Tegar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) RM1,169 dengan pembayarannya akan dibuat sebanyak 6 fasa.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh Pembayaran
Berdasarkan maklumat dari Kementerian Kewangan – pembayaran Bantuan Tambahan STR ini akan dibuat sebanyak 6 kali (fasa) iaitu bermula pada bulan Julai hingga Disember 2023.
Bantuan tambahan ini juga akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas.
Ia akan dikenali sebagai Bantuan Bakul Rahmah yang mengandungi barangan asas seperti beras, gula, minyak masak, tepung, susu pekat, mihun dan telur atau baucar bernilai RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan.
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Belanjawan 2023 dan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.