Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah sumbangan tunai yang dikenali sebagai Bantuan Khas bagi tahun 2023.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai berkenaan: –
Bantuan Khas RM300
Salah sebuah negeri yang memberikan bantuan khas adalah Negeri Kedah yang akan menyalurkan Bantuan Khas Aidilfitri kepada mereka yang berkelayakan.
Pembayaran bantuan ini akan dibuat kepada Pengerusi dan setiausaha MKK serta pegawai masjid yang meliputi imam, bilal dan siak di seluruh negeri berkenaan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh Pembayaran
Untuk makluman, pada 12 April lalu, kerajaan negeri Kedah telah mengumumkan bantuan khas Aidilfitri berkenaan dengan kadar sebanyak RM200 setiap penerima.
Bantuan itu sepatutnya mula disalurkan kepada yang layak pada 18 April 2023. Akan tetapi, pembayaran berkenaan terpaksa ditangguhkan kerana beberapa masalah termasuk penstrukturan semula Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) yang kini dikenali MKK.
Oleh hal demikian, pihak kerajaan negeri akan mula membuat pembayaran pada 17 Mei ini. Malah, jumlah bantuan juga telah ditambah RM100, yang menjadikannya kepada RM300 untuk setiap penerima.
“Jumlah bantuan yang diterima pengerusi dan setiausaha MKK serta pegawai masjid yang meliputi imam, bilal dan siak itu juga akan ditambah RM100 lagi yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM300 setiap seorang. Naik RM100 sebab kita lambat bayar,” kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.
Sumber: Utusan Malaysia.