Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Begitulah juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.
Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –
STR Fasa 3
Seperti mana yang semua telah sedia maklum, pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 telah pun dibuat kepada yang layak pada bulan Januari dan April lalu.
Pembayaran itu merangkumi beberapa kategori penerima iaitu isi rumah, bujang dan warga emas. Oleh hal demikian, berikut pula adalah maklumat berkenaan jumlah pembayaran STR Fasa 3 bagi tahun ini:
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM300
- Bilangan anak 1 – 2: RM400
- Bilangan anak 3 – 4: RM600
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM800
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 1 – 2: RM150
- Bilangan anak 3 – 4: RM200
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM250
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 2: RM200
Bujang 21 – 59 tahun
- STR Fasa 2: RM150
Bujang OKU 19 – 59 tahun
- STR Fasa 2: RM150
Tarikh Pembayaran
Kaedah pembayarannya STR Fasa 3 adalah secara kredit terus ke akaun bank penerima yang didaftarkan atau secara pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank atau akaun bank berstatus tidak aktif.
Pembayarannya pula akan dibuat pada bulan Julai 2023 seperti mana yang dinyatakan di Portal Rasmi Kementerian Kewangan.
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Belanjawan 2023 dan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.