Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah Bantuan Kecemasan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri sebagai bantuan kewangan kepada mereka yang berkelayakan.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenana bantuan kewangan ini:-
Bantuan Kecemasan
Bantuan Kecemasan dari Kerajaan Negeri Perak ini adalah sebuah inisiatif bagi membantu mahasiswa yang ditimpa musibah atau bencana dengan bantuan tidak melebihi RM5,000, bergantung kepada kes-kes kecemasan tertakluk kepada terma dan syarat.
Syarat-syarat Kelayakan
- Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:
- Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau
- Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
- Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun;
- Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
- Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
- Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini;
- Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon;
- Menghantar bukti pengesahan kejadian dalam bentuk Laporan Polis, Laporan Perubatan atau Pengesahan oleh Pemimpin Tempatan (Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga);
- Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak (sepanjang tahun dan perlu dihantar dalam tempoh 2 minggu (14 hari) dari tarikh berlakunya kejadian).
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada mereka yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan, permohonan Bantuan Kewangan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi EHEYNS.
Pemohon juga perlu melampirkan dokumen-dokumen sokongan yang ditetapkan dan borang perakuan.
Info lengkap dan permohonan berkenaan bantuan ini, ia boleh dibaca dengan teliti – DI SINI.