Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Selain itu, nampaknya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga memudahkan urusan para ahlinya, termasuklah membenarkan pengeluaran simpanan sebelum usia 55 tahun.
Berikut adalah senarai perkara-perkara yang membolehkan pengeluaran KWSP sebelum usia 55 tahun: –
Membiayai Pendidikan
Ahli KWSP boleh membuat pengeluaran simpanan daripada Akaun 2 untuk membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.
Membina Rumah
Bagi membantu ahli membina rumah sendiri, kami membenarkan ahli membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai pembinaan rumah. Pembinaan rumah itu boleh dibuat di atas tanah sendiri atau dengan pembelian tanah.
Membeli Rumah
Pihak KWSP turut membenarkan pengeluaran dari Akaun 2 bagi membiayai pembelian rumah. Rumah kediaman itu merangkumi jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
Ahli KWSP boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 untuk mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan. Ahli juga boleh memberi bantuan pembiayaan kepada pasangan.
Membayar Ansuran Bulanan Rumah
Bagi meringankan beban pemilik rumah, KWSP telah memperkenalkan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan. Dengan program ini, ahli boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 bagi membayar ansuran bulanan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan mereka selesai.
Menunaikan Haji
Bagi ahli KWSP beragama Islam, mereka boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan.