Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah sebuah sumbangan tunai yang dikenali sebagai Bantuan i-fitri Perantau bagi tahun 2023.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai ini:-
Bantuan Hari Raya untuk perantau
Bantuan i-Fitri Perantau pada asasnya merupakan bantuan tunai yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu dengan kadar sebanyak RM300 bagi setiap penerima.
Syarat-syarat kelayakan bantuan ini adalah:
- Rakyat Terengganu dan MENETAP diluar di Negeri Terengganu (PERANTAU);
- Pemohon mesti Mengisi dahulu maklumat diri dan keluarga ke dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu Perantau (PRT20 PERANTAU);
- Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu Pemohon = KIR atau Pasangan;
- Pendapatan bulanan isi rumah gaji KIR pasangan tidak melebihi RM2,500 termasuk gaji dan semua elaun;
- Semua penjawat awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah tidak layak memohon;
- Peniaga berlesen adalah tidak layak memohon kecuali pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan dan disahkan oleh penghulu, dan pengawai kerajaan yang berkelayakan di tempat tinggal semasa;
- Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan surat akuan pendapatan yang disahkan oleh penghulu mukim atau
- Pengerusi JPKK atau pegawai kerajaan yang berkelayakan;
- Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohanan;
- Permohonan boleh ditolak sekiranya maklumat tidak benar dan tidak lengkap.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh Pembayaran
Permohonan bantuan tunai ini telah dibuka mulai 1 April lalu dan ditutup pada 15 April 2023. Berkenaan dengan tarikh pembayarannya, ia akan dibuat selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, Hanafiah Mat berkata permohonan Bantuan i-Fitri Perantau pada tahun ini dijangka meningkat kepada 20,000 orang berbanding 4,000 orang pada tahun lalu selepas syaratnya dipinda.
“Sebelum ini, hanya KIR anak jati Terengganu dan mengundi di negeri ini sahaja yang layak mohon tapi sekarang, pasangan iaitu isteri juga boleh memohon asalkan dia lahir dan mengundi di sini,” katanya.
Sumber: Sinar Harian.