Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Begitulah juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023.
Antaranya adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –
Bantuan Tambahan STR
Pada bulan Januari lalu, pembayaran STR Fasa 1 telah pun dikreditkan kepada yang layak dengan kadar RM300 kepada isi rumah dan RM100 untuk bujang.
Manakala, STR Fasa 2 pula mula dikreditkan pada 5 April lalu dengan kadar sebanyak RM200 kepada setiap kategori penerima.
Akan tetapi, selain STR asas – pihak Kerajaan turut memberikan Bantuan Tambahan STR dengan kadar RM600 kepada mereka berkelayakan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bantuan tambahan ini akan diberikan kepada Isi Rumah Miskin Tegar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) RM1,169 dengan pembayarannya akan dibuat sebanyak 6 fasa bermula pada bulan Julai hingga Disember 2023.
Bantuan tambahan itu nanti akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas.
Ia akan dikenali sebagai Bantuan Bakul Rahmah yang mengandungi barangan asas seperti beras, gula, minyak masak, tepung, susu pekat, mihun dan telur atau baucar bernilai RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan kepada setiap Ketua Isi Rumah miskin tegar.
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Belanjawan 2023 dan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.