Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah sebuah sumbangan tunai yang dikenali sebagai Bantuan i-Fitri Perantau bagi tahun 2023.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai ini:-
Bantuan i-Fitri Perantau
Bersempena dengan bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, bantuan i-Fitri Perantau telah sekali lagi diperkenalkan dengan kadar sebanyak RM300 kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan.
Syarat-syarat Kelayakan
- RakyatTerengganu menetap di luar Terengganu (PERANTAU);
- Pemohon / pasangan adalah pengundi berdaftar di Terengganu;
- Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan;
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM2,500 (termasuk gaji dan semua elaun);
- Penjawat awam dan lantikan Kerajaan yang menerima elaun bulanan serta penerima bonus raya daripada kerajaan adalah tidak layak;
- Peniaga berlesen adalah tidak layak memohon kecuali pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan;
- Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu kemukakan Akuan Pendapatan yangtelah disahkan oleh Penghulu Mukim / Pengerusi JPKK/ Pegawai Kerajaan yang berkelayakan;
- Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohonan;
- Permohonan boleh ditolak sekiranya maklumat tidak benar dan tidak lengkap.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan i-Fitri bokeh dibuat secara dalam talian (online) di sistem i-Bantuan.
Permohonan baru dan penerima i-Fitri Perantau tahun 2022 hendaklah memuatnaik dokumen berikut ke sistem i-Bantuan semasa membuat permohonan dan kemaskini profil:
- Salinan Kad Pengenalan / Sijil Kelahiran bagi pemohon dan tanggungan;
- Salinan Slip Gaji dan slip pencen terkini / Surat Akuan Pendapatan;
- Salinan Surat Akuan Pemastautin / Salinan Bil Elektrik/ Air.
Untuk maklumat lebih teliti tentang bantuan ini, sila lihat DI SINI dan permohonan boleh dibuat DI SINI.