Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Begitulah juga apabila pihak Kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan tunai kepada penerima yang berkelayakan.
BKKA RM200
Salah satu bantuan yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan adalah Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM200 kepada sekitar 318,642 penerima.
Bantuan ini pada asasnya akan diberikan kepada pekebun kecil getah dengan peruntukan sebanyak RM63.75 juta.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, secara umumnya penerima BKKA adalah penerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2022.
“Bantuan ini bertujuan meringankan bebanan kewangan dan memberi keceriaan kepada golongan pekebun kecil getah bai memenuhi keperluan sempena sambutan Aidilfitri,” katanya yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, dipetik dari Berita Harian.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh Pembayaran
Pembayaran bantuan khas kewangan ini akan dibuat pada 17 April 2023, iaitu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Berkenaan dengan kaedah pembayaran, ia akan dibuat secara kredit terus ke akaun bank penerima seperti mana yang didaftar dengan RISDA.
Ahmad Zahid menambah, BKKA disasar kepada pekebun kecil getah yang mempunyai keluasan kebun kurang 2.5 hektar dan pemohon boleh menyemak status bayaran melalui laman sesawang BMT RISDA – DI SINI.
Sumber: Berita Harian.