Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Begitulah juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
STR adalah sebuah bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia daripada golongan B40 dan M40 dengan jumlah tertentu berdasarkan kategori penerima.
Pembayaran STR Fasa 1 telah pun dibuat pada bulan Januari lalu dengan kadar sebanyak RM300 untuk isi rumah dan RM100 kepada bujang.
Manakala, pembayaran STR Fasa 2 pula mula dikreditkan secara berperingkat kepada yang layak pada 5 April 2023 seperti mana yang telah diumumkan oleh pihak Kerajaan.
Bagi pembayaran STR Fasa 2 ini, kadar yang terlibat adalah sebanyak RM200 kepada setiap penerima daripada kategori isi rumah, bujang dan warga emas.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
STR Tambahan
Namun begitu, selain kadar asas STR – pihak Kerajaan turut memperkenalkan sebuah lagi bantuan yang dikenali sebagai STR Tambahan dengan kadar RM600.
Bantuan tambahan ini akan diberikan kepada Isi Rumah Miskin Tegar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) RM1,169. Pembayarannya pula akan dibuat sebanyak 6 fasa selama 6 bulan bermula pada bulan Julai hingga Disember 2023.
Bantuan tambahan itu nanti akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas.
Ia akan dikenali sebagai Bantuan Bakul Rahmah yang mengandungi barangan asas seperti beras, gula, minyak masak, tepung, susu pekat, mihun dan telur atau baucar bernilai RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan kepada setiap Ketua Isi Rumah miskin tegar.
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Belanjawan 2023 dan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.